Wednesday, July 18, 2012

cErEkA 2 :)


Kini Faiz berada di tingkatan 4 Sains SMK Syed Ahmad Tambun Tulang..Beliau sekarang lain,tidak seperti yang dahulu-dahulu nya..Adik angkat nya,Azwa,yang dahulu nya Faiz amat sayangi kini turut telah meninggalkan nya..Ini semua disebabkan seseorang yang dianggapnya CINTA SEJATI namun anggapan nya telah silap..

Faiz mula mengimbau kembali mengenai kisah nya itu..Semua nya bermula dengan beliau telah berchatting dengan seorang gadis di laman sosial,muka buku atau lebih dikenali dengan panggilan “FACEBOOK”
Gadis tersebut memulakan perbualan dengang menghantar..

Hye ! Assalam..
Faiz terus membalas chatting tersebut tanpa membuang masa..
W.salam..

Mereka terus berbual sehingga gadis yang bernama Aida itu memperkenalkan diri nya kepada Faiz..
Dari perbualan itu,Faiz mengetahui bahawa Aida tersebut merupakan salah seorang pelajar sekolah nya juga.. Aida merupakan pelajar kelas 1 Jujur.. Dalam perbualan tersebut,Aida mula hendak bermanja..Beliau meminta Faiz untuk menjadi Abang Angkat nya !

Tanpa sempat berfikir,jari Faiz bagaikan bergerak sendiri apabila di skrin netbook nya itu sudah terlihat ayat yang menyetujui permintaan gadis tersebut.. Di saat itu,Faiz sebenar nya agak bahagia kerana beliau tidak mempunyai sebarang teman melainkan seorang sahaja iaitu Azwa..

Beberapa mingggu kemudian,Aida mula memberitahu tentang hasrat nya untuk bercinta dengan Faiz.. Faiz teragak-agak kerana di hati nya cuma seorang sahaja yang pernah bertakhta di situ iaitu Yana ! Kawan Faiz sejak di Tingkatan 2 lagi..

Setelah seminggu berfikir,Faiz membuat keputusan untuk menerima cinta dari Aida tersebut walaupun cinta terhadap Cty,sepupu kepada Azwa pernah berputik..Setelah hamper sebulan bercinta,Faiz mula mencurigai perasaan Aida terhadap nya.. Perasaan ini muncul setelah beliau melihat perbualan-perbualan Aida dengan lelaki lain yang sememangnya amat mesra.. Beliau terus mengambil keputusan untuk putus hubungan nya dengan Aida yang telah memberi amaran kepada Azwa kerana Faiz lebih menyayangi Azwa kerana sudah lama berkenalan..

Namun begitu,semua nya sudah terlambat kerana Azwa kini telah meninggalkan Faiz setelah kejadian pada hari tersebut.. Walaupun amat sukar untuk Faiz menerima kenyataan bahawa diri nya kini bersendirian tanpa 
orang yang amat disayangi nya itu,namun itulah hakikat yang perlu dihadapi nya sekarang..

Beberapa minggu kemudian..Faiz telah tercalon untuk mewakili Perlis bagi mengikuti Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pendang Lake Resort..Beliau terpaksa menerima hakikat bahawa Zairil turut terpilih untuk mengikut kem ini jua..

Setelah memasukkan segala keperluan ke dalam beg seperti yang diarahkan pihak penganjur,,Faiz bersalaman dengan ahli keluarga nya sebelum berangkat ke Dataran Lestari,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis..Ayah Faiz,Encik Zul yang menghantar anak nya tersebut di Kangar..

Setiba nya mereka di sana,sudah ramai rakan-rakan dari sekolah lain sudah tiba lebih awal di perkarangan dataran tersebut..Seramai 17 orang akan mewakili negeri Perlis bagi kem ini,,Sewaktu di dalam bas,semua nya tidak bertegur sapa..melainkan dua orang pelajar perempuan yang bercakap tidak henti-henti malah menyebabkan semua orang tidak dapat duduk dengan tenang..

Dua jam telah berlalu,perkarangan Pendang Lake Resort telah kelihatan cantik dari jauh lagi..Setiba nya di sana,kontinjen dari negeri paling utara ini disambut meriah oleh para petugas di situ..Kami bagaikan “raja sehari” apabila turun dari bas..Kami diarahkan menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu negeri ! Setelah selesai,,baru lah kami semua perasan bahwa,bendera kami telah terbalik kedudukan warna nya..Dilihat nya seperti bendera Negara Ukraine,,kami semua ketawa walapun belum mengetahui tentang diri masing-masing..

Pendaftaran telah dilakukan seawall tiba nya kontinjen tiba di kem,,kami semua diarahkan masuk ke bilik untuk pengurusam diri pada petang tersebut..Perbualan dimulakan oleh rakan baru,Ammar,pelajar SMA Agama Arau..seterusnya semua nya mula memperkenalkan diri..di situ,Faiz telah mendapat rakan-rakan baru seperti Arif,Naim,Nattahvuth,Pa’an dan An’On !

Setelah selesai meletakkan barang,,Faiz mengambil keputusan untuk mengikut rakan-rakan kontinjen untuk bersiar-siar di persekitaran resort..Melihat permandangan pada waktu senja memang menjadi hobi Faiz ! Beliau amat kagum melihat fenomena itu setiap hari tidak kira beliau berada di mana !

Sehari sudah berlalu,pada hari kedua..Faiz mempunyai slot Mengetahui Definisi Rukun Negara manakala di waktu petang pula slot Jenis-Jenis Perayaan Di Malaysia..Faiz mendapat banyak input pada hari tersebut..
Pada hari ketiga pula,Faiz terlibat dengan aktiviti Khidmat Masyarakat,slot ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung,Pendang,Kedah ! Yang mana merupakan sekolah yang menjadi Naib Johan Pertandingan Asrama Terbilang di Malaysia.. Di situ,Faiz ada sempat bergambar dengan rakan-rakan nya.. Di sini,Faiz ada berkenalan dengan seorang gadis yang sememangnya comel,cute,cun,memang superb laa..Nama gadis tersebut “Sya”..Agak malang kerana nama penuh tidak diketahui atas sebab sifat diri Faiz yang pemalu ! Di situ,mereka berdua berborak amat mesra sehingga menyebabkan ada yang menyemburui kami berdua.. Tapi walaupun hakikat nya kami berdua adalah rakan sahaja,,

Pada petang tersebut,Faiz telah berjanji untuk bertemu dengan gadis Selangor tersebut namun latihan untuk Malam Kebudayaan telah diadakan pada petang tersebut sehingga menyebabkan mereka berdua tidak sempat untuk mengenali lebih rapat..Malam tersebut,slot Malam Kebudayaan telah diadakan,,semua etnik mengadakan persembahan,Faiz turut terlibat setelah menjadi wakil kaum Melayu yang akan mempersembahkan joget ! Malam tersebut amat meriah kerana malam tersebut adalah malam terakhir Faiz di sana !

Keesokkan pagi nya,setelah selesai kuliah subuh,semua peserta kem diarah mengemas dan membawa barang-barang sebelum bergerak ke Dewan Utama bagi Majlis Penutupan..Ucapan demi ucapan diberi oleh para tetamu..Majlis Penyampaian Hadiah turut berlangsung..
Setelah selesai,Faiz mengajak rakan-rakan kontinjen nya untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan sebelum pulang ke Perlis..

Kini Faiz telah pulang dari kem tersebut..Beliau asyik terkenangkan peristiwa yang berlaku di kem..Salah satu yang tak dapat dilupakannya adalah salah seorang dari peserta kontinjen Perlis cuba untuk memikat Faiz..Faiz tanpa segan silu menolak terus pelawaan cinta dari gadis tersebut kerana beliau tidak tahan dengan perangai yang gedik dan mengada-ngada gadis tersebut..
Lamunan nya terhenti apabila guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu memberikan salam kepada pelajar-pelajar 4 Sains..

Beliau terpaksa akur dengan semua ketentuan illahi ini...Faiz kini bercinta dengan Yana,rakan lama yang sudah lama dikenali sejak di Tingkatan 1..Faiz bahgia dengan Yana kerana ia menganggap bahwa Yana lah CINTA SEJATI yang dicari-cari selama ini..

Sekian…

No comments:

Post a Comment